Friday, April 16, 2010

Imam Muda pertama di dunia

 

Oleh ZUARIDA MOHYIN



Beruntung badan apabila penyertaan peserta ini disokong ahli keluarga.



GUGUP, berpeluh-peluh, gementar, suara tersekat-sekat, tidak sampai nafas dan hampir pitam adalah antara gelagat para peserta yang mengikuti uji bakat Siri Pencarian Imam Muda yang berlabuh ke destinasi ketiganya iaitu di Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru, Johor pada 10 dan 11 April lalu.

Walau bagaimanapun, ia tidak melunturkan semangat membara bakal-bakal imam muda ini untuk meneruskan perjuangan. Seterusnya terpilih sebagai peserta akhir dalam program yang tidak pernah dibuat sebelum ini dan pertamanya di dunia. Malah ada di antara mereka yang memohon supaya diberi peluang diuji sekali lagi.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar yang terlibat sepenuhnya dalam misi pencarian tersebut memberitahu, senario uji bakat yang berlangsung di Johor Bahru ini agak berbeza dengan dua lokasi yang dikunjungi pihaknya sebelum ini, iaitu di Terengganu dan Kedah.

"Di sini, kita dapati kesungguhan bukan sahaja dilihat di pihak pesertanya. Yang menariknya di Johor Bahru ini, kita menyaksikan kesungguhan ibu bapa dan ahli keluarga para peserta. Mereka sanggup datang untuk menemani anak-anak mereka. Ini sesuatu yang cukup berlainan dan tidak kami jangkakan.

"Malah mereka jauh lebih bersemangat. Kerana apa kami katakan demikian? Apa tidaknya, mereka inilah yang sibuk beratur, mengambilkan borang dan juga turut serta mengisi borang penyertaan. Ini mungkin sebagai tanda sokongan moral.

"Di samping itu, kita juga dimaklumkan bahawa ada segelintir daripada mereka ini berkampung di perkarangan dewan besar pusat Islam ini sejak selepas Subuh lagi. Tidak hairanlah, pendaftaran yang kami terima sudah mencecah hampir 60 orang, dalam tidak sampai separuh hari," komen Izelan.

Beliau berkata demikian dalam satu pertemuan yang turut disertai Penerbit Eksekutif Siri Pencarian Imam Muda, Mohd. Hanizam Abd. Hamid kepada Mega pada uji bakat hari pertama itu.

Malah kata Izelan lagi, sokongan padu ahli keluarga para peserta tidak terhenti di meja pendaftaran sahaja.
Ruangan khas untuk sesi uji bakat peringkat pertama, turut sesak dengan para peserta dan ahli keluarga. Masing-masing kelihatan teruja dan menumpukan sepenuh perhatian.

Pun begitu, riak kegelisahan jelas terpancar pada raut wajah para peserta, walaupun ia dikendalikan secara santai oleh panel juri iaitu; Imam Besar Masjid Jamek Kuala Lumpur, Ahmad Termizi Abdul Razak dan Imam Daerah Johor Bahru, Makhadzir Abdah.

Merujuk sambutan hangat yang diterima sebelum ini iaitu, seramai 99 orang di Kuala Terengganu, Terengganu dan 197 orang di Alor Setar, Kedah, Izelan mengakui ia adalah sesuatu yang di luar daripada jangkaan.

"Jika dibuat perbandingan dengan program-program realiti yang lain, kebiasaannya untuk tahun pertama pengenalan, sambutannya tidaklah sehebat begini.

"Tetapi menerusi uji bakat program Siri Pencarian Imam Muda, kita bukan sahaja menerima penyertaan daripada lepasan tempatan tetapi menerima reaksi daripada peserta tempatan yang menuntut di luar negara seperti dari Jordan, Mesir, Syria dan Thailand. Ini sesuatu yang amat dibanggakan," katanya.

Menurut Izelan, ia sekali gus menunjukkan sikap keterbukaan golongan remaja masa kini dengan program berbentuk Islamik atau ilmiah.

Malah sebenarnya itulah objektif program iaitu memberi peluang kepada remaja-remaja yang berkelayakan ini untuk menjadi pelapis dan penyambung warisan serta memikul tanggungjawab sebenar sebagai seorang imam yang serba boleh, sekali gus memartabatkan profesion imam di Malaysia.

Program siri pencarian yang pertama dan seumpamanya di Astro Oasis, Imam Muda ini adalah kerjasama Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Ia bertujuan mencari imam-imam muda yang terbaik di Malaysia.

Lantaran itu, tegas Izelan, program ini bukan bersifat komersial semata-mata tetapi sebagai tanggungjawab moral. Bagi memastikan aspek kualiti menjadi keutamaan, para peserta akan melalui beberapa peringkat uji bakat.

Pada peringkat pertama, para peserta akan diuji kefasihah mereka dalam membaca surah al-Fatihah, diikuti ayat-ayat lazim dan kemudiannya ayat-ayat tebuk (uji peringatan dan kebolehan menghafaz).

Ini adalah peringkat yang paling penting dan tidak ada kompromi. Mereka mestilah melakukannya seolah-olah seperti imam yang sebenar.

Pada peringkat kedua pula, penekanan adalah lebih kepada pengetahuan umum, isu-isu semasa, penyelesaian masalah, ceramah umum, penguasaan bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab adalah satu bonus.

Pada peringkat ini, para juri ada budi bicaranya kerana pada peringkat ini, ia boleh dididik, dibimbing dan dilatih mereka ini.

Peringkat ketiga pula lebih kepada pengumpulan data-data peribadi dengan lebih teliti oleh pihak penerbitan.
Setiap peserta yang berjaya melepasi ketiga-tiga peringkat ini pula akan melalui proses pemilihan terakhir, di mana beberapa panel akan menyenarai pendek nama-nama peserta yang benar-benar berkelayakan.

Utusan Malaysia Online

Thursday, April 15, 2010

Malumu Berharga


Malu itu indah.
Malu itu fitrah.
Janganlah menjadi orang yang langsung tidak tahu malu.
Bergaul sebebas - bebasnya sesama lelaki dan perempuan itu bukanlah sepatutnya akhlak seorang Muslim. 
Berpada-padalah, jaga iman sesama sendiri.

Bacalah Kisahmu Dalam Al-Quran



" Sesiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terdapat di dalamnya, Allah akan memakaikan kedua-dua ibu bapanya dengan mahkota pada hari kiamat kelak. Cahaya mahkota tersebut lebih indah daripada cahaya matahari terhadap rumah - rumah yang ada di dunia."

(Riwayat Ahamd no.15683)

Wednesday, April 14, 2010

Tip dan Pantang Larang Titian Sirat

Rasulullah s.a.w pernah menyebut beberapa amalan yg dpt menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya;

Banyakkan bersedekah
Imam Abu Nu'aim meriwayatkan di dalam Hilyat al-Auliya' sebuah hadis drpd Rasulullah s.a.w, maksud sbda Baginda:"Sesiapa yg memperbagus sedekah di dunia, ia akan berjaya melintasi sirat."

Melazimkan diri hadir ke masjid
Hadis riwayat al-Bazzar drpd Abu Darda, bahawa Nabi s.a.w bersabda,mafhumnya: "Sesiapa yang menjadikan masjid sebagai rumahnya, maka Allah menjamin untuknya rahmat, kenikmatan dan berjaya melintasi sirat." ( Al-Bazzar berkata,sanadnya hasan)

Antara amalan buruk yang merencatkan kelancaran perjalanan seseorang diatas titian sirat:
Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.

Nauzubillah..

Solusi isu no.18

...Ilmu....

Mu'az bin Jabal berkata:


"Pelajarilah ilmu,dengan mempelajari ilmu kerana mengharapkan wajah Allah itu mencerminkan takut, mencari ilmu adalah ibadah, mengkajinya adalah tasbih, menuntutnya adalah jihad, mengajarnya kepada ahli keluarga adalah taqarrub. Ilmu adalah pendamping pada waktu sendirian dan teman akrab pada saat bersendirian."

Kita Sedang Dijauhkan drpd Ilmu

Pada waktu tentera Barbar membakar seluruh kitab para ulama di Bahgdad dan mencampaknya ke dalam Sungai Tigris,maka itulah titik permulaan umat Islam hendak dijauhkan drpd ilmu.

Kenapa musuh Islam memilih utk menjauhkan kita drpd ilmu,bukan harta?

Al-Allamah Ibn Qayyim menyebut beberapa kelebihan ilmu berbanding harta. Antaranya adalah ;

1)ilmu merupakan warisan para nabi sedangkan harta warisan para raja.
2)ilmu menjaga tuannya sedangkan harta dijaga tuannya.
3)ilmu bertambah jika diajarkan sedangkan harta berkurang jika dibelanjakan ke jln yg tidak bermanfaat.
4)ilmu yang bermanfaat yang membuahkan amal soleh hanya dpt dimiliki oleh org Mukmin sedangkan harta boleh diperolehi sesiapa saja,baik Muslim mahupun non-Muslim.

Solusi isu no.18 (ummu sakinah hj muhammad)

rabbani - bacalah

Monday, April 12, 2010

Cinta??

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan.

Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.

Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah).

Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap.

Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!