Berikut disenaraikan beberapa perkara yg boleh menghumbankan sesiapa yg mempunyai satu atau lebih ciri-ciri berikut ke neraka Jahanam..
# Syirik kepada Allah iaitu menyekutukan Allah dgn sesuatu sama ada dlm rububiyyah, uluhiyyah mahupun nama2 da sifatn2Nya. Allah berfirman mksudnya, " Bahawasanya sesiapa yg mempersekutukan Allah dgn sesuatu yg lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kpdanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka." (Surah al-Maidah 5:72)
# Kufur kepada Allah, para malaikat, kitab, rasul, hari akhirat, qada dan qadar Allah.
# Mengingkari salah satu drpd rukun Islam yang lima.
# Mengolok-olokkan Allah, agama Nya atau rasul Nya, benarlah firman Allah yg bermaksud,"Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tntg ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab;'Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain2.' Katakanlah: 'Patutkah nama Allah dan ayat2 Nya serta Rasul Nya kamu memperolok-olokkan dan mengejeknya?" (Surah al-Tawbah 9:65-66)
# Mencaci Allah, agama Islam, atau rasul Nya iaitu mencela, mengaibkan atau merendahkan.
# Berhukum dengan selain daripada hukum Allah dengan keyakinan bhwa hukum yg dibuat itu lebih besar atau sama dengan hukum Allah. Allah berfirman yg bermaksud, " Dan sesiapa yg tidak menghukum dgn apa yg telah diturunkan Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah org kafir." (Surah al-Maidah 5:44)
# Munafik iaitu apabila seseorang menyembunyikan kekafirannya dalam hati tetapi secara lahiriah seorang Muslim. Ini jelas dalam firman Allah s.w.t, maksudnya, "Sesungguhnya orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yg terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka." (Surah al-Nisa' 4:145)
Ambilan dari majalah Solusi,
Petikan : Syeikh Muhammad bin Shalih al-'Uthaimin, Majelis Bulan Ramadhan, terbitan Pustaka Imam asy-Syafi'i, Jakarta, hlm 355-362.
No comments:
Post a Comment