Sebuah hadis menyebut tentang penciptaan Nabi Adam a.s. oleh Allah s.w.t. Pada waktu dikeluarkan drpd keturunannya maka dia melihat para nabi yang lahir setelah masanya.
Maka dilihatnya ada seorang lelaki yang bercahay. Maka Adam bertanya pada Allah: "Siapakah orang ini, wahai Tuhan?"
Kata Tuhan : "Ini adalah anakmu Daud."
Adam berkata: "Ya Tuhan, berapakah umurnya?" Tuhan menjawab: "60 tahun."
Adam memohon kepada Tuhan: "Ya Tuhan, tambahlah umurnya."
Tuhan menjawab: "Tidak, kecuali engkau berikan umurmu kepadanya."
Adapun umur Adam 1040 tahun, maka datanglah malaikat maut berkata kepadanya:" Telah sampai akhir umurmu."
Adam berkata:" Bukankah umurku masih berbaki 40tahun?" Dia telah lupa mengenai apa yang telah diberikan kepada puteranya, Daud a.s. Maka Allah s.w.t menyempurnakan umur Adam 1000 tahun dan untuk Daud a.s 100 tahun.
Ibnu Jarir mengatakan bahawa menurut sangkaan ahli kitab, umur Daud a.s adalah 77 tahun. Tetapi hal ini banyak ditolak oleh para ulama.
Sumber: majalah solusi,isu no.16
No comments:
Post a Comment